HIDUP ini BUKAN mimpi..

Sekadar Cerita Biasa, Luahan Rasa..

February 27, 2004

Cerita Biasa...

Semalam tak der entri sbb aku bz ngan meeting...seharian meeting...penatnya aku...hmm...keje..apa yg tak penat, kan...tapi aku tambah2 penat bila balik umah tiga2 anak aku meragam...Nurain, sibuk mintak ajar wat homework...tak boleh tunggu..taim tu bukak buku, taim tu gak nak mama dia nih ngadap...Najwa, sibuk asik hauss..hauss...habis sebotol, sebotol lagi milo...makan tanak pulak tu...yang Naufal plak, tak boleh tinggal langsung...selalu ok tapi ntah apsal, semalam nak mama dia nih depan mata jerkk...tambah lagi, malam tadi adik ipar aku hantar lagi aisyah...nasib baik aisyah tidur...ntah apa xtvt mummy dia kat luar, malas aku nak tanya..kang kata aku tak kasik plak anak dia tumpang umah aku...nilah kalau kawin muda sangat ekk...erksss..akupun kawin muda gak...!!

Pukul 12 malam, semua dah tidur dan aisyah pun baru jerk balik...nasib baik dia baru nak nangis, mummy dia dah sampai..kalau tak aku yang nangis plak nanti...hubby aku tak balik2 lagi...hmm...sangkutlah tu...lori sangkut ker dia yang sangkut..ntah ler...limit taim aku bagi sampai 12 malam jerk...lepas 12 malam, sendiri mau ingat laaa...macam 'cinderella' plak hubby aku nih..ahaks!..

Luahan Rasa...

Aku tak boleh tidur...macam-macam aku fikirkan...aku tengok Naufal, aku rasa Naufal macam tau apa yang aku rasa sebab Naufal senyawa dan senafas dengan aku ketika aku menghadapi pelbagai kesukaran hidup...aku tengok Nurain dan Najwa...kesian mereka...mereka turut melalui semua kesukaran bersama aku walaupun tak mengerti apa-apa...aku bagai bermimpi tapi aku sedar, HIDUP INI BUKAN MIMPI...aku tau apa keinginan aku tapi aku tak sanggup lukakan hati orang lagi...banyak lagi hati yang akan terluka kali ini kalau aku turutkan kemahuan hati aku walau aku sedar hati seseorang yang pernah terluka, akan terluka sekali lagi...kata2 seorang teman mengingatkan aku untuk bersyukur..."nina patut bersyukur dikurniakan dengan cahayamata yang cukup lengkap...fikirkan mereka..." kerana bersyukur dan kerana anak-anak, aku cuba korbankan perasaan aku, kemahuan aku....cukuplah...cukuplah aku bersikap pentingkan diri aku suatu ketika dulu tanpa fikirkan perasaan orang lain...perasaan seseorang...perasaan orang tua aku...aku sekarang sedang dalam usaha mencuba untuk belajar berkorban..korbankan perasaan aku untuk orang lain...dalam kesibukan seharian, aku cuba untuk tak fikirkan kepentingan diri dan perasaan aku tapi bila dalam kesunyian, rindu dan kenangan itu datang balik...kadang2 aku rasa aku tak sanggup nak tanggung semua ni...kenapa diri ini masih sukar memaafkan, dan sukar melupakan bila hati dilukakan..? mampukah aku terus mencuba...?

Lagu ini seolah-olah mengejek aku...betapa kejamnya aku..sedang orang lain memujuk hati dengan lagu ini kerana sikap aku, aku hanyut dengan keseronokan yang tanpa aku sedar kebahagiaan aku ketika itu diratapi oleh orang-orang yang sayangkan aku...bolehkah aku dianggap bertuah kerana orang-orang yang aku sakiti hatinya telah memaafkan aku dan masih sayangkan aku terutama ayah aku sendiri...? ntahlahh...

Jauh Di Sudut Hati

Sayang
Kubawa jauh rinduku
Kerna aku telah tahu
Kau bukan milikku

Sayang
Sesunguhnya bukan mudah
Menjalani hidup ini
Tanpa kau di sisi

Jauh disudut hati
Aku masih bermimpi
Mimpi yang indah
Esok kau kembali

Jauh di sudut hati
Ada waktu-waktunya
Aku berdoa
Kau pulang semula

Sayang
Biar ku mengingatimu
Biar kugantung harapan
Hingga sampai waktu
Nafas terakhirku