HIDUP ini BUKAN mimpi..

Sekadar Cerita Biasa, Luahan Rasa..

February 18, 2004

Pagi-pagi adik ipar aku, Ayu dah call tanya nak pegi Desaru tak cuti awal muharam ni...semalam petang ira call..hmm..beriya-iya dorang nak berhari keluarga kat sana..aku bukan tak nak pegi..nakkk sangat tapi awal muharam tu hubby aku tak cuti..company bukan islam, mana amik cuti awal muharam tu..ntahlah..nanti aku pk lagi...

Aku juga memikirkan keputusan mesyuarat antara bos2 yang bos aku baru cakap tadi..sebenarnya aku dah tau dari semalam lagi cuma nak kepastian dari bos aku..bulan depan opis aku akan buat satu bengkel selama 3 hari 2 malam kat Genting...cadangan jerk Genting tapi yang pastinya di luar negeri Johor ni...memanglah kalau ikutkan aku suka sangat keje sambil jenjalan free macam tu tapi aku memikirkan Naufal yang terpaksa kena tinggal tu...Naufal baru 4 bulan..kesian dia, kann...hubby aku pun dah kerut2 dahi bila aku cakap pasal Naufal nak kena tinggal...

Hari ni, dalam kesibukan menyiapkan minit-minit meeting yang banyak tu sampai akupun dah fenin dah ni, aku sempat gak melawat blog2 rakan siber yang lain macam kak ungku, kak ngah, mely, zhoulsz, mal, kak sri diah dan lain-lain melalui blog geng2 siber yang dah memang aku kenal dan jumpa...di kesempatan ini, aku mintak agar rakan2 siber yang tak mengenali aku, mengizinkan aku 'link'kan address blog mereka kat blog aku ni...agar senang aku nak melawat blog dorang terus dari blog aku nih..tak yah nak lompat2 kat blog geng lain..dan sekaligus, sudi2lah kiranya jadik 'kengkawan' aku...