HIDUP ini BUKAN mimpi..

Sekadar Cerita Biasa, Luahan Rasa..

September 25, 2004

~CINTA LAMA BIARKAN BERLALU~

Entri ari ni aku nak berjiwang sket..aku tertarik ngan satu artikel kat majalah MW yang sekarang ni dah buat aku kemaruk nak membaca balik..dah lama aku tinggalkan hobi aku suka membaca dan kumpul majalah tapi sejak aku nak tengok contoh produk yang ucuk promot tu, aku dah mula suka kat majalah ni..selalu tu aku tak der minat pun nak baca..hehehee..alaa...baru 3 jerk koleksi aku..

aku taip sket2 jerk la kat sini..

Pernah tak terasa dalam hidup kita sentiasa ingat seseorang, ingin mendengar suaranya selalu dan kadangkala terasa dirinya begitu dekat meskipun jauh beribu batu? Jika ada, itu namanya CINTA.

Kita sudah dibungkus kebahagiaan, ada kalanya kita masih teringat si dia. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu, dia terasa begitu dekat. Kita masih ingat suaranya. Kita masih nampak senyum tawanya. Kita masih terdengar-dengar gurau sendanya.

Terkadang kita berasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yang pernah kita dengari dari mulutnya. Kita mahu dia mengulangi. Namun tidak mungkin, lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yang kondusif dan eksklusif, tersendiri.

Kita sering memujuk hati supaya menerima hakikat bahawa dia telah tiada. tapi hati kita sukar hendak percaya. Ia terus teringat dan ia terus mereka-reka cerita. Pernah tak kita teringatkan seseorang dan kita amat merinduinya. Kita mahu segera berada di sampingnya. Kita mahu dia mendengari kita? Itulah CINTA namanya.

Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang. Kita terus teringat dan terus teringat. Kita merindui suaranya, merindui gelak tawanya yang pernah kita simpan JAUH DI SUDUT HATI kita. Kita ingin sekali mendengar kata-kata cintanya terucap lagi di telinga kita.

Itulah CINTA. Ia misteri yang tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. TUHAN menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya, ia tetap datang dan datang.

Andainya kita diberi kesempatan untuk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yang terbaik. Namun, itu hanyalah ilusi. Kehidupan yang telah pergi tidak mungkin berulang.


Huhhhh...panjang plak aku taip tapi motivasi ni kira begitu berguna bagi aku untuk memujuk hati..(???) apapun, apa yang berlaku tentu ada sebabnya...kalau kita masih mengingati juga, tentu ada sebabnya..JODOH, AJAL, MAUT..semua ditentukan oleh ALLAH S.W.T. kita manusia, perlulah bersyukur...itulah nasihat yang aku pegang.