~CEMBURU BUTA ATAU BISU??~
Aku ni kadang2 tak paham, kadang2 bingung gaks ngan perangai hubby aku yang cemburu tak bermata dan tak bersuara...sikap dia yang diam teramat diam lagi la aku tak paham dan tak tau apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka...yang pasti satu jerk...dia tak suka aku ada handphone!!! hahahaa...kelakar sungguh bila aku ingat2...sebab tu aku tak der handphone...handphone tu boleh buat kami bermasam muka plak...dulu, kalau handphone aku bunyik jerk, mesti dia dah jeling2 semacam...kalau aku belek2 handphone tu lagi la moncong dia macam boleh buat sangkut kunci...sebab tu handphone aku yang dia hadiahkan sempena besday aku tahun lepas dah jadik aruah...berkecai kena hempas ke dinding hanya kerana satu sms yang aku dapat!! lepas hempas tepon tu, dia boleh tersengeh-sengeh plak...agaknya cemburu dia dah terubat!! aku tulis pasal ni sebab ramai sangat tanya aku apesal aku tak der henpon!!..tu la sebab musabab yang sebenar-benarnya...bebaru ni bila aku sebut nak beli henpon jerk, dia dah tarik muka..lelebih lagi bila aku sesaja cakap ngan 3N aku, bila aku beli sendiri nanti ada tak org berani hempas harta aku...muehehehe...hmmmm...malam semalam pun sama...aku saja belek2 henpon Nuar, adik aku untuk tengok2 gambar awek dalam tu..kebetulan hubby aku balik..apalagi, terus bad mood!!! badi sungguh dia tengok aku pegang henpon..!! kat opis pun, bila dia call aku, line engaged, mula laaaa cemburu dia menyerang..adehhh...bila aku cakap, sekarang ni line tepon kat opis takleh call luar, dia senyum meleret plak..
Orang lelaki ni, kan...tau cemburu dia jerk!! cemburu kita dia tak peduli...padahal, kita ni kalau nak buat apa2, manalah boleh...takkan ada isteri kawin 4 plak..lain la si lelaki...senyap2 dah pasang 2...3...hmmm..aku bukan marah semua lelaki...tak semua lelaki cam tu kot..ahaks.

<< Home