HIDUP ini BUKAN mimpi..

Sekadar Cerita Biasa, Luahan Rasa..

June 29, 2004

Entri dari kaunter..4.00 petang..

Borink jerk aku kena bertugas kat kaunter petang2 ni...kaunter baru dipindahkan ke depan, dekat ngan pintu kuar masuk ni so line tenet tak der lagi tapi...hehehe..aku dah paksa technician pasang line tenet kat depan ni...muahahaa...tambah borink opismate aku yg bertugas sebelum aku, technician tak layan..hehehe..tapi masih borink sebab tak leh install ym kat pc ni..so, tangan aku pun mula la meraba2 muka aku nih..hik..hikk..mana datang jerawat2 kat dahi aku ni ekk..jangkit Mely ker..ahaks.

~NURAIN..NURAIN..~

Pagi ni kat sekolah Nurain ada hari terbuka..so, aku pegilah amik report card dia..anak aku yang sulung ni memang dah banyak bermain sekarang...pelajaranpun banyak dah merosot..hmmm..aku tak nafikan, memang salah aku jugak..belum sempat2 nak carikan tempat tuisyen..nak harapkan aku untuk ajar dia tiap2 malam, setakat 'homework' tu aku sempatlah..tapi kalau nak bagi dia latihan sumer...hmmm..tambah lagi aku ni 'angin' sket...hehehee...kalau anak aku tu lambat paham ker..mula la angin..nampaknya aku kena serius dalam soal ni...darjah 2 sekarang bukan zaman aku sekolah dulu..sekarang semua bebudak dah bijak2..tambahan pulak kat area tempat aku ni..ramai anak2 profesor gitu..memang tercabar ler..waktu aku dulu masuk darjah satu, membaca pun blom tau..ada plak yang baru nak kenal ABC..tapi sekarang ni, kalau masuk darjah 1 jerk tak tau membaca, dah kira jauh ketinggalan..lebih2 lagi kena plak taim anak aku ni, dah ada matapelajaran sains..dalam bahasa inggeris plak tu..matematik pun dalam BI gak..mana aku nak carik guru tuisyen ekk..adehhh...

~NAJWA vs NAUFAL~

Anak aku yang dua orang ni plak dah asyik nak bergaduh jerk...Naufalpun bukan main lagi..tak puas ati jerk kat Najwa tu..hmm..kecik2 dah pandai nak gaduh ekk..fenin pala mama ni taw!!...Naufal yang tak reti diam. Semalam dok melayan dia kat umah mak mentua, penat sangat...asyik nak panjat kerusi jerk..patutlah nenek dia tak leh nak gerak ke mana...teringat-ingat keletah dia, rasa nak balik umah jerk..walaupun penat..hehehe..

~Keje ooOOoo keje~

Aku rasa malas nak keje tapi aku sayangkan keje aku..aku risau, malas sebab kat opis ni dah tak macam dulu..rasa takut2 jerk nak keje..banyak sangat perubahan...banyak sangat isu walaupun remeh..hmmm...sabar jerk laaa, kan..janji keje semua siap.