Masalah & Marah
Masalah buat aku marah. Aku marah sangat semalam...marah sebab masalah kecik dan masalah tu jugak memang kerap sangat berulang...masalah kecik, bila dikumpulkan dan kerap sangat diulang akan jadik satu masalah yang besar dan sesabar-sabar orang akan jadik terlalu marah bila kerap disogok dengan masalah tu! Aku memandu dengan hati yang dicengkam rasa marah...masa tu kalau kalau aku eksiden pun aku tak kisah...mati pun tak apa!..Aku tidur dalam keadaan hati aku yang terlalu sakit kerana terlalu marah...aku membisu seribu bahasa kerana tak terluah rasa marah yang aku rasakan...aku rasa macam dihempas ke batu.
Pagi tadi, hati aku sejuk sikit...marah yang aku rasakan tu, biarlah ia pergi...tak guna nak ungkit-ungkit lagi..dan aku bersedia menghadapi masalah yang sama, yang aku pasti akan berulang..berulang dan berulang lagi..tak tahu sampai bila.
Baru nak sejuk hati aku, baru aku nak mulakan keje2 aku...telefon berdering...ceria suara di hujung sana...tapi tak seceria aku mendengar apa yang diperkatakan. Aku kecewa?...kecewa untuk apa?...tiba2 air mata terlalu murah mengalir...aku tahan sebak di hati...aku bukak blog ni, aku taip semahunya...aku luahkan apa yang aku rasa...sejak petang semalam aku tidak bersuara..aku tidak ketawa dan aku macam bukan aku!

<< Home